Membayar bil anda dalam talian   
Paybills Pembayaran dan Penyampaian Bil Secara Elektronik. Membayar bil anda dalam talian 24/7 kini di hujung jari anda.

PayBillsMalaysia
 
Terma dan Syarat
 

Untuk mencetak salinan terma-terma dan syarat-syarat, klik cetak


SILICONNET TECHNOLOGIES SDN. BHD. (394813-H) 
F11 & F12, 1st Floor, Mall 2, CityOne Megamall, Jalan Song,
93350 Kuching, Sarawak,Malaysia

"PAYBILLSMALAYSIA"
 
Pengenalan

PayBillsMalaysia ialah satu perkhidmatan Paparan Bil Electronik dan Pembayaran. (perkhidmatan) yang telah sedia bertapak, diselenggarakan dan dimiliki oleh SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (SNT). PayBillsMalaysia dikuasakan oleh enjin paparan bil electronik dan pembayaran PaymentGalaxy®.

Perkhidmatan ini adalah :-

  • Berasaskan internet dan diakses melalui laman web PayBillsMalaysia di www.paymentgalaxy.com/paybillsmalaysia, www.paybillsmalaysia.com and paybills.sarawak.gov.my;
  • diwujudkan untuk membolehkan penglibatan kemudahan-kemudahan awam, majlis-majlis tempatan, agensi-agensi kerajaan atau separa kerajaan, kelab-kelab, persatuan-persatuan dan badan-badan lain. (pengebil atau pengebil-pengebil berkelompok) untuk menghantar bil-bil dan penyata-penyata secara elektronik;
  • diwujudkan untuk membolehkan pengguna-pengguna pendaftar membayar bil-bil pengebil-pengebil secara elektronik sama ada oleh pengguna-pengguna kad kredit secara debit yang disahkan atau akaun-akaun terlantik oleh bank atau intitusi kewangan yang terlibat.(institusi kewangan atau institusi kewangan berkelompok)

Untuk menjadi pengguna berdaftar bagi perkhidmatan ini anda mesti:-

  • Membaca terma-terma dan syarat-syarat yang mesti dipenuhi dan diterima tanpa syarat.
  • Mendaftar secara atas talian pada laman web PayBillsMalaysia, pastikan pendaftaran anda telah disahkan dan telah diberi kata laluan.
  • Buka akaun dengan institusi kewangan yang terlibat atau memohon kad kredit yang akan digunakan untuk membuat pembayaran.
  • NOTA, bahawa dengan mendaftar secara atas talian anda dianggap telah membaca, memahami secara menyeluruh dan sepenuhnya serta telah menerima tanpa syarat terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan.
  • Di atas pengesahan dan kelulusan daripada SNT, kata laluan unik akan diberikan hanya kepada anda dan untuk penggunaan eksklusif untuk mengakses perkhidmatan yang menjadikan anda sebagai pengguna perkhidmatan yang berdaftar dan terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan.
  • Pengebil-pengebil dan institusi kewangan mungkin memerlukan permohonan berasingan dan bertulis dan mempunyai terma-terma dan syarat-syarat tersendiri untuk menggunakan perkhidmatan PayBillsMalaysia

Pendaftaran perkhidmatan secara atas talian disediakan dalam bentuk kebolehpercayaan dan kebolehyakinan yang amat tinggi kepada identiti mereka yang mendaftar. SNT tidak akan bertanggungjawab atau menanggung apa sahaja liabiliti sekiranya berlaku apa-apa selepas ini seperti pendaftaran atas talian dipermainkan, pemalsuan atau penipuan, atau dilakukan tanpa pengetahuan atau kebenaran anda.



"PAYBILLSMALAYSIA"
 
Terma-terma dan syarat-syarat


Dalam dokumen ini menggariskan terma-terma dan syarat-syarat bagi penggunaan PayBillsMalaysia, penyataan-penyataan dan singkatan-singkatan perkataan-perkataan berikut mempunyai atau membawa maksud-maksud yang dimaksudkan kepada seperti di bawah :-

"Pengebil" atau "Pengebil-pengebil" merujuk kepada kemudahan-kemudahan awam, majlis-majlis tempatan, agensi-agensi kerajaan atau separa kerajaan, kelab-kelab, persatuan-persatuan dan badan-badan lain yang menggunakan perkhidmatan untuk menghantar bil-bil dan penyata-penyata mereka secara elektronik.

Institusi Kewangan atau Institusi-institusi Kewangan merujuk kepada bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang membenarkan pembayaran bil-bil pengebil-pengebil dengan membenarkan pengguna-pengguna yang sah untuk mendebitkan akaun-akaun pembayaran mereka.

"Kata Laluan" ialah kod nama atau nombor pengenalan yang dikelurkan oleh SNT atau yang telah dipilih oleh pengguna-pengguna yang sah untuk membolehkan mereka mengakses laman web SNT.

"PayBillsMalaysia" adalah nama yang diberi oleh SNT pada perkhidmatan yang disediakan yang mana SNT telah mendaftarkannya sebagai cap dagangan.

"Akaun Pembayaran" bermaksud akaun dengan institusi kewangan yang dibuka oleh pengguna yang sah sebagai tabung yang akan dikeluarkan untuk membayar bil-bil pengebil-pengebil di bawah perkhidmatan ini.

"SNT" adalah merujuk kepada SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (394813-H), sebuah Syarikat gabungan dan telah didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai pejabat berdaftar di F11 & F12, 1st Floor, Mall 2, CityOne Megamall, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia.

"Laman Web PayBillsMalaysia" adalah merujuk kepada portal di internet yang diselenggarakan oleh SNT dan ketika ini dikenali sebagai www.paymentgalaxy.com/paybillsmalaysia, www.paybillsmalaysia.com and paybills.sarawak.gov.my untuk landasan Perkhidmatan.

"Prosedur-prosedur Perkhidmatan" merujuk kepada polisi-polisi SNT, prosedur-prosedur dan keperluan perkakasan dan perisian yang sesuai kepada pengguna Perkhidmatan.

"Kami" di mana boleh diguna pakai dalam konteks adalah merujuk kepada SNT, kaki tangan dan agen-agen.

"Anda" merujuk kepada individu atau pengguna korporat yang sah untuk Perkhidmatan ini yang telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan.

 
1   Umum
  Perkhidmatan, adalah perkhidmatan berasaskan internet yang menghantar bil-bil elektronik dan penyata-penyata kepada anda, dan membolehkan anda membuat pembayaran-pembayaran kepada Pengebil-pengebil yang menghantar bil-bil atau penyata-penyata dengan menggunakan Perkhidmatan ini. Prosedur-prosedur Perkhidmatan akan dipaparkan pada laman web SNT, digabungkan dalam skrin-skrin perkhidmatan ataupun telah diedarkan pada anda dan, mungkin diubahsuai dan dipinda oleh SNT dengan mengepos pada laman web SNT, atau bagi maksud-maksud yang lain yang diedarkan kepada anda, Prosedur-prosedur perkhidmatan adalah sebahagian daripada Terma-terma dan Syarat-syarat. Dengan mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan anda bersetuju untuk mematuhi prosedur-prosedur pekhidmatan, hanya akan menggunakan perkhidmatan ini secara jujur dan kegunaan yang sah yang dibenarkan di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat (termasuk Prosedur-prosedur Perkhidmatan) dan untuk mengemas kini perisian dan perkakasan anda jika ada keperluan menggunakan Perkhidmatan ini.
 
2   Persetujuan kepada Komunikasi Elektronik
  Dengan mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan ini, anda juga bersetuju bahawa sebarang dan semua pendedahan serta komunikasi-komunikasi yang berkaitan dengan Perkhidmatan antara anda dan mana-mana pengebil, termasuk perkara-perkara yang termaktub dalam terma-terma dan syarat-syarat, mungkin dibuat secara elektronik, termasuk dalam hal kami, dengan mengepos ke laman web SNT berlandaskan undang-undang yang diguna pakai. Sebarang pendedahan atau komunikasi yang kami buat dengan mengepos pada laman web SNT hendaklah diterima sebagai benar apabila dipos oleh pihak kami.
 
3   Bil-bil dan Penyata-penyata
  Dengan memohon bil-bil, penyata-penyata atau apa sahaja bentuk komunikasi daripada Pengebil akan dihantar kepada anda menerusi Perkhidmatan ini, anda memperakui bahawa anda mempunyai semua hak tertentu, kuasa dan autoriti untuk menerima maklumat sebegini. Anda memperakui bahawa kami tidak mewakili atau memberi sebarang jaminan-jaminan terhadap apa-apa yang berkaitan, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan bil-bil, penyata-penyata, invois-invois, pengiklanan atau bahan-bahan lain yang mungkin anda terima daripada Pengebil-pengebil, atau kualiti atau kesesuaian produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda langgan daripada Pengebil-pengebil.
 
4   Pembayaran-pembayaran
  Selepas melihat bil, anda telah boleh mengarahkan pembayaran dibuat dengan menggunakan Perkhidmatan. Anda mesti memiliki Akaun Pembayaran yang diurus sendiri di bank atau di institusi kewangan yang layak yang mana pembayaran akan dibuat dengan menggunakan Perkhidmatan ini. Anda bersetuju, dengan menjadualkan pembayaran, anda membenarkan SNT, Pengebil yang mana pembayaran telah dijadualkan dan agen-agen yang telah mereka lantik untuk memulakan masukan debit ke Akaun Pembayaran dalam jumlah yang sepatutnya untuk membaya pengebil-pengebil bil dan memulakan sebarang masukan-masukan debit atau kredit ke Akaun Pembayaran yang sepatutnya untuk membetulkan sebarang kesilapan dalam pembayaran. Anda juga membenarkan Institusi Kewangan untuk mendebit atau mengkreditkan Akaun Pembayaran anda dalam amaun yang dibayar atau dibetulkan. Anda bertanggungjawab dan memberi jaminan bahawa anda mempunyai semua hak tertentu, kuasa dan autoriti untuk membenarkan setiap bayaran yang dijelaskan. Kebenaran ini akan berterusan dalam bentuk kuasa penuh dan benar sehingga SNT menerima notis pembatalan daripada anda terhadap kebenaran ini dalam tempoh masa dan tata cara sebagai membolehkan SNT dan Institusi Kewangan alasan yang munasabah untuk mengambil tindakan wajar terhadap perkara ini.
  Kami akan memindahkan dana-dana kepada setiap pengebil yang dilantik menurut prosedur-prosedur yang telah diguna terima untuk membolehkan Pengebil mengkreditkan akaun anda dengan Pengebil seperti pada tarikh yang anda arahkan atau jadualkan. Pindahan-pindahan yang dibuat kepada kami akan dianggap sebagaimana di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat, dan kami tidak akan bertanggungjawab pada sebarang kegagalan daripada pengebil untuk menyediakan kredit semasa pada akaun anda berdasarkan perjanjian Pengebil-pengebil dengan pihak kami.
  Anda juga dibenarkan untuk membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit secara bersyarat yang mana anda dikehendaki untuk memasukkan perincian kad kredit anda dan kebenaran untuk membuat pembayaran.
  Anda tidak dibenarkan untuk membuat pembayaran yang lebih daripada RM100,000.00 melalui Perkhidmatan ini. Amaun dana yang dibenarkan untuk dihantar melalui Perkhidmatan ini akan dihadkan berdasarkan amaun semasa yang ada di dalam akaun pembayaran anda, termasuk sebarang kemudahan overdraf yang ada pada Institusi Kewangan dan sebarang had maksimum untuk kad kredit anda. Anda bersetuju untuk memastikan bahawa terdapat amaun yang mencukupi di dalam akaun pembayaran anda untuk menyelesaikan semua pembayaran yang telah anda arahkan dan kami akan menghadapi masalah untuk menyelesaikan transaksi sekiranya terdapat amaun yang tidak mencukupi. Pembayaran-pembayaran hanya terhad untuk Pengebil-pengebil domestik (dalam Malaysia) dan mesti dibuat dalam Ringgit Malaysia. Had-had yang lain terhadap pembayaran melalui Perkhidmatan ini mungkin juga terdapat dalam Prosedur-prosedur Perkhidmatan.
  Pengaksesan anda ke Akaun Pembayaran anda mungkin juga dihadkan oleh perjanjian (perjanjian-perjanjian) dengan Institusi Kewangan anda yang melaksanakan Akaun Pembayaran dan oleh undang-udang dan peraturan-peraturan yang diguna pakai. Sila maklumkan Institusi Kewangan anda dan sila rujuk dokumentasi Akaun Pembayaran berkenaan had-had tersebut. Adalah lebih baik untuk memiliki akaun semasa/simpanan atau kad kredit sebagai Akaun Pembayaran anda. SNT dari masa ke masa akan menentukan sendiri keperluan-keperluan kelayakan untuk pembayaran.
 
5   Pembayaran-pembayaran Lewat
  Jika anda, menurut Prosedur-prosedur Perkhidmatan, telah menjadualkan pembayaran secara betul kepada Pengebil, untuk membuat pada atau sebelum tarikh akhir, dan kami tidak menyelesaikan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan kecuaian dan kesilapan pengurusan, kami akan meminta Pengebil membatalkan atau membayar balik sebarang fi yang dikenakan untuk bayaran lewat, surcaj, bunga atau denda-denda, yang mana gagal, SNT juga akan bertanggungjawab terhadap perkara yang sama.
 
6   Kata Laluan Anda
  Anda mesti menggunakan kata laluan anda untuk mengakses Perkhidmatan (kata laluan anda). Kata laluan ialah hanya untuk anda dan penggunaan eksklusif bertindak sama seperti tandatangan bertulis anda yang berkaitan dengan perkhidmatan dan boleh digunakan untuk sejumlah wang dalam Akaun Pembayaran anda. Anda harus menjadikan Kata Laluan satu yang mesti dijaga dengan sebaik-baiknya dan dengan penuh kerahsiaan yang akan digunakan untuk melindungi nombor-nombor pengenalan diri yang lain atau data kewangan peribadi yang terkawal. Diingatkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melindungi Kata Laluan tersebut. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan Kata Laluan yang telah diberikan kepada anda oleh SNT, anda boleh memohon untuk menggunakan Kata Laluan sendiri yang mana anda dikehendaki :
  1. Memilih Kata Laluan yang mudah diingat tetapi sukar untuk diteka oleh orang lain;
  2. Tidak memberikan Kata Laluan kepada orang lain atau menyimpannya pada komputer anda;
  3. Kerap menukar Kata Laluan; dan
  4. Keluar daripada Perkhidmatan apabila anda meninggalkan komputer anda. Sekiranya anda memberikan kuasa kepada seseorang yang lain untuk menggunakan Kata Laluan tersebut, kebenaran ini adalah sah tanpa had, dan kami, Institusi-institusi Kewangan dan setiap Pengebil anda, akan melayan semua permintaan pembayaran atau mana-mana masukan atau arahan-arahan yang dibuat atau sebagai wakil yang menggunakan Kata Laluan sehinggalah :

    • anda menarik balik kebenaran ini, menukar Kata Laluan anda, dan menghantar kepada kami notis bertulis untuk tindakan penarikan tersebut.
    • kami ada peluang yang munasabah untuk mengambil tidakan terhadap notis tersebut.
 
7   Liabiliti Anda bagi Pindahan-pindahan Tidak Sah
  Sekiranya anda mengesyaki ada seseorang yang telah membuat pembayaran daripada Akaun Pembayaran anda melalui Perkhidmatan tanpa keizinan anda, hubungi kami DENGAN SEGERA di :
 
Khidmat Pelanggan SiliconNet Technologies dan Sarawak Pay (24x7)
Emel : customerservice@sarawakpay.gov.my
Tel : 1-300-88-7722 (dalam Malaysia)
Fax : +(60)82-442522
 
atau, tulis kepada
 
Alamat : SiliconNet Technologies Shn Bhd,
F11 & F12, 1st Floor, Mall 2, CityOne Megamall,
Jalan Song,
93350 Kuching,
Sarawak,Malaysia
  Laporkan segera kepada pihak kami untuk meminimumkan kemungkinan kerugian. Anda juga perlu menghubungi Institusi Kewangan pada nombor telefon atau alamat yang telah mereka berikan. Kami dengan ini tidak bertanggungjawab kepada pindahan secara tidak sah terhadap wang anda kecuali disebabkan oleh kecuaian dan kesilapan daripada pengurusan kami.
 
8   Sekiranya Berlaku Kesilapan atau Persolan Tentang Perkhidmatan
 

SEMUA SOALAN TENTANG TRANSAKSI DIBUAT DENGAN PERKHIDMATAN MESTILAH DITUJUKAN KEPADA KAMI DAN KEPADA INSTITUSI KEWANGAN TEMPAT YANG MEMBUAT PEMBAYARAN ANDA. Kami bertanggungjawab terhadap Perkhidmatan, menjawap pertanyaan mengenai bayar balik dan menyelesaikan sebarang kesilapan-kesilapan dalam transaksi yang dibuat dengan Perkhidmatan ini. Soalan-soalan lain yang berkaitan tentang Akaun Pembayaran anda hendaklah dihantar terus kepada Institusi Kewangan. Soalan-soalan tentang masukan-masukan pada bil atau penyata-penyata yang anda terima melalui Perkhidmatan ini, selain daripada soalan-soalan berkenaan pembayaran melalui Perkhidmatan ini, mestilah dihantar terus kepada pengebil yang menghantar bil atau penyata.

Soalan-soalan tentang pembayaran-pembayaran yang dibuat melalui Perkhidmatan ini bolehlah dihantar terus kepada SNT melalui telefon atau secara bertulis seperti berikut :

Talian : Khidmat Pelanggan SiliconNet Technologies dan Sarawak Pay (24x7)
Emel : customerservice@sarawakpay.gov.my
Tel : 1-300-88-7722 (dalam Malaysia)
Fax : +(60)82-442522
 
Alamat : SiliconNet Technologies Shn Bhd,
F11 & F12, 1st Floor, Mall 2, CityOne Megamall,
Jalan Song,
93350 Kuching,
Sarawak,Malaysia
  Kami tidak akan menghantar kepada anda sebarang penyata yang menyenaraikan transaksi-transaksi yang anda buat menggunakan Perkhidmatan ini. Semua transaksi hanya didapati hanya pada penyata-penyata yang dikeluarkan oleh Institusi Kewangan anda. ANDA MESTI MEMBUAT SEMAKAN BANDINGAN REKOD PEMBAYARAN DENGAN PENYATA AKAUN PEMBAYARAN YANG ANDA TERIMA DARIPADA INSTITUSI KEWANGAN ANDA. Telefon atau tulis kepada kami di alamat seperti di atas dengan kadar segera, jika anda berpendapat penyata transaksi yang dimasukkan tidak betul melalui perkhidmatan kami atau jika anda ingin mendapat penjelasan lanjut tentang pindahan tersenarai pada penyata yang dimasukkan melalui Perkhidmatan ini. Kami harus menerimanya daripada anda tidak lebih daripada sembilan puluh (90) hari selepas daripada tarikh penyata PERTAMA yang bermasalah atau terdapat kesilapan. Anda mesti memberitahu kami bersama-sama maklumat berikut :
  • Nama anda, nombor kad pengenalan dan nombor akaun Pembayaran.
  • Keterangan tentang kesilapan atau transaksi yang anda tidak pasti dan penjelasan mengapa anda rasa terdapat kesilapan atau mengapa anda memerlukan maklumat selanjutnya.
  • Amaun ringgit yang disyaki silap, tarikh transaksi dan nombor resit.
 

Sekiranya anda melaporkan secara lisan, kami akan meminta anda untuk mengemukakan aduan atau soalan secara bertulis dalam tempoh sepuluh (10) hari urus niaga.

Dalam tempoh sepuluh(10) hari urus niaga selepas menerima daripada anda, kami akan menyelidik sama ada kesilapan berlaku dan kami akan memperbetulkan dengan segera. Walau bagaimanapun, kami memerlukan masa sehingga empat puluh lima (45) hari untuk menyiasat aduan dan soalan-soalan anda. Sekiranya kami memerlukan lebih masa lagi, buat sementara waktu kami akan mengkreditkan akaun anda dalam tempoh sepuluh (10) hari urus niaga untuk amaun yang anda katakan telah berlaku kesilapan, ini membolehkan anda terus dapat menggunakan kredit ketika kami sedang menyiapkan siasatan kami. Kami akan memaklumkan kepada anda dalam tempoh dua (2) hari urus niaga selepas kredit sementara pada akaun dan tarikh pengkreditan. Sekiranya kami meminta anda untuk memberikan aduan dan pertanyaan secara bertulis dan kami tidak menerimanya dalam tempoh sepuluh(10) hari urus niaga, kami tidak akan mengkreditkan akaun anda. Kami akan memberitahu keputusan-keputusan siasatan kami kepada anda dalam tempoh tiga (3) hari urus niaga selepas siasatan selesai. Jika kami memutuskan tiada berlaku kesilapan, kami akan menyertakan penjelasan secara bertulis. Anda boleh meminta salinan-salinan dokumen yang digunakan dalam siasatan kami. Sekiranya kami mengkreditkan akaun anda semasa siasatan kesilapan, anda mesti membayar semula dana tersebut sekiranya kami mendapati tiada berlakunya kesilapan.

 
9   Liabiliti Kami Sebab Gagal Menyelesaikan Transaksi Pindahan Dana Elektronik
  Sekiranya kami tidak menyelesaikan pindahan ke atau daripada Akaun Pembayaran anda tepat pada masanya atau dalam amaun yang betul disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan pengurusan pada pihak kami, kami akan bertanggungjawab ke atas sebarang amaun pembayaran yang kurang terkurang atau sebarang fi, kadar faedah, surcaj atau denda-denda lain kerana bayaran lewat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian. Pada setiap masa, kami tidak boleh dipertanggungjawabkan:
  • Sekiranya, bukan kesilapan daripada pihak kami, anda tidak mempunyai wang yang cukup di dalam Akaun Pembayaran untuk membuat pindahan.
  • Sekiranya pindahan melebihi had kredit pada overdraf anda pada talian kredit, sekiranya ada.
  • Sekiranya pembayaran terpaksa dalam had maksimum bagi kad kredit anda yang terlebih.
  • Sekiranya Perkhidmatan tidak berfungsi dengan baik dan anda mengetahui tentang masalah ini ketika anda telah menjadualkan pembayaran.
  • Sekiranya kegagalan disebabkan oleh tindakan atau pengabaian oleh seseorang selain daripada pihak kami, sebagaimana (sebagai contoh) Institusi Kewangan anda, pengebil anda, atau sebarang penyedia perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi, pengkaksesan internet atau peralatan komputer atau perisian.
  • Sekiranya masalah-masalah di luar kawalan pihak kami (seperti kebakaran, banjir atau bencana alam yang lain, peperangan, mogok, tindakan orang awam atau kuasa tentera, kegagalan peralatan, virus komputer, atau kegagalan atau gangguan tenaga elektrik, telekomunikasi atau perkhidmatan-perkhidmatan kemudahan awam yang lain) menyebabkan gangguan kepada pindahan, setelah pihak kami mengambil langkah-langkah pencegahan yang munasabah.
  • Sekiranya Akaun Pembayaran anda dikenakan proses undang-undang atau mana-mana tegahan untuk mengakses.
  • Sekiranya anda tidak mematuhi keperluan terma-terma dan syarat-syarat, termasuk Prosedur-prosedur Perkhidmatan.
  • Sekiranya anda mempunyai peluang untuk mengelak atau mengurangkan kerosakan dan gagal berbuat demikian.
 
10   Hari-hari Urus niaga
  Bagi tujuan ini, hari urus niaga bermaksud Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum persekutuan dan cuti umum negeri Sarawak.
 
11   Fi-fi
  Kami tidak akan mengenakan sebarang fi untuk perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, institusi kewangan anda akan mengenakan fi penyelenggaraan Akaun Pembayaran anda, termasuk fi transaksi bagi cubaan untuk memindahkan tanpa dana yang mencukupi. Pengebil akan mengenakan caj kepada anda berhubung kebenaran untuk membayar bil-bil anda melalui perkhidmatan kami.
 
12   Privasi Maklumat
  Anda memperakui bahawa SNT akan menerima beberapa maklumat sulit dan rahsia dalam urusan anda dalam menggunakan perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun adalah difahami bahawa SNT tidak akan menyewa, menjual atau juga membolehkan mana-mana pihak ketiga walau dengan apa-apa sebab pun mana-mana maklumat sulit dan rahsia anda atau sebarang maklumat yang boleh membuat anda dikenali, Akaun Pembayaran atau pembayaran-pembayaran menerusi Perkhidmatan ini, selain daripada menyediakan Perkhidmatan atau mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang diguna pakai, atau arahan mahkamah atau anda sendiri yang telah memberi persetujuan. Sila ambil perhatian bahawa Pengebil-pengebil yang bil mereka dibayar menggunakan Perkhidmatan dan Institusi Kewangan mungkin memiliki polisi-polisi privasi sendiri yang tidak dikawal oleh SNT.
 
13   Penafian jaminan-jaminan dan tanggungan kemusnahan
 

Kecuali seperti diperuntukan dalam Seksyen 9 di atas, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau seperti sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang yang diguna pakai anda bersetuju seperti berikut: Perkhidmatan yang disediakan seadanya dan dengan semua kesilapan, dan SNT bahawasanya menafikan untuk diri dan semua entiti yang lain yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan, semua jaminan, sama ada dinyatakan atau dilibatkan, atau dikanunkan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan boleh dagang yang dilibatkan, kesesuaian untuk kegunaan tertentu atau ketiadaan virus-virus.

Tanpa apa-apa hal SNT atau mana-mana entiti yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan ini akan menanggung (a) kemusnahan yang disebabkan selain daripada kecuaian diri atau salah urus tanpa sedar atau (b) sebarang secara tidak langsung, khusus, sampingan atau apa-apa sahaja kemusnahan kepentingan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kemusnahan hilang keuntungan, pendedahan maklumat sulit atau hilang privasi yang ditimbulkan oleh atau dalam apa sahaja cara terhadap penggunaan atau ketidakbolehan untuk menggunakan perkhidmatan walaupun sekiranya SNT atau pengebil telah dinasihatkan tentang kemungkinan kemusnahan-kemusnahan begini. Tanpa apa-apa hal SNT akan menanggung sebarang tindakan atau pengabaian oleh mana-mana pihak ketiga seperti institusi kewangan anda, mana-mana pengebil atau mana-mana penyedia perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi. Pengaksesan internet atau peralatan komputer atau perisian atau mana-mana perkara di luar kawalan kami seperti kebakaran, banjir atau bencana alam yang lain, peperangan, rusuhan,mogok atau tindakan orang awam atau kuasa tentera, kegagalan peralatan, virus komputer atau kegagalan atau gangguan elektrikal, telekomunikasi atau perkhidmatan-perkhidmatan kemudahan awam yang lain.

 
14   Undang-undang Urus Tadbir
  Peruntukan penyelenggaraan dan penggunaan Perkhidmatan ini akan diurus tadbir oleh undang-undang bagi Negeri Sarawak dan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan Persekutuan yang diguna pakai.
 
15   Pindaan-pindaan
  Terma dan syarat di sini boleh ditambah, dihapuskan atau dipinda oleh SNT sebagai hak mutlak pada bila-bila masa. Anda telah dianggap telah sedia maklum pada sebarang penambahan, penghapusan atau pemindaan setelah ia dipamirkan pada laman Web SNT. Sekiranya anda tidak bersetuju terhadap sebarang penambahan, penghapusan atau pemindaan, anda berhak untuk menamatkan langganan Perkhidmatan ini dalam bentuk seperti yang dinyatakan di bawah ini. Sekiranya anda tidak berbuat demikian dan terus menggunakan Perkhidmatan ini maka anda telah dianggap bersetuju terhadap penambahan, penghapusan atau pemindaan yang dibuat.
 
16   Penamatan Perkhidmatan
  Sekiranya anda bercadang untuk menamatkan Perkhidmatan, anda mesti menulis surat kepada kami ke alamat di bawah, atau hantarkan mesej kepada kami melalui Perkhidmatan ini. Kami mesti menerima pemberitahuan bertulis yang anda hantar ke alamat di bawah dalam tempoh sepuluh (10) hari sebelum tarikh penamatan.
Alamat :   SiliconNet Technologies Sdn Bhd,
F11 & F12, 1st Floor, Mall 2, CityOne Megamall,
Jalan Song,
93350 Kuching,
Sarawak,Malaysia
  SNT boleh menggantung atau menamatkan pengaksesan anda terhadap Perkhidmatan ini pada bila-bila masa, tanpa notis dan tanpa menyatakan sebarang sebabnya. Pengecualian yang dijamin oleh sebab risiko kepada keselamatan, privasi atau kebolehpercayaan Perkhidmatan dan pembayaran-pembayaran dan data yang telah kami proses, kami akan memaklumkan anda dengan notis penggantungan atau penamatan dengan cara mempamirkan pada laman web kami atau menghantar notis penamatan, tetapi kami berhak untuk tidak berbuat demikian. Sama ada bukan penamatan atau bukan tidak melanjutkan Perkhidmatan yang akan menyebabkan liabiliti anda untuk melakukan transaksi melalui Perkhidmatan dengan kata laluan anda. Sekiranya pihak kami menamatkan perkhidmatan ini, sebarang tarikh transaksi yang terjadual selepas tarikh penamatan akan dibatalkan.
 
17   Pengecualian-pengecualian
  Tiada kelewatan atau pengabaian oleh pihak kami dalam melaksanakan mana-mana hak atau remedi yang dimasukkan di sini akan mengurangkan hak atau remedi atau akan mentafsirkan sebarang pengecualian hak atau remedi. Sekiranya kami menggunakan sebarang hak atau remedi, secara menyeluruh atau dalam bentuk sebahagian, tindakan ini tidak menghalang pihak kami daripada sebarang tindakan lanjut atau pada masa hadapan bagi hak atau remedi ini atau sebarang hak atau remedi yang lain. Tiada pengecualian akan menjadi sah kecuali secara bertulis yang bertandatangan pihak kami.
 
18   Tajuk-tajuk Utama
  Bahagian-bahagian tajuk yang terdapat di dalam ini hanyalah sebagai kemudahan dan rujukan.
Nota:   Terma dan perkara telah disediakan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan, keraguan atau perbezaan antara kedua versi tersebut maka Bahasa Inggeris hendaklah dirujuk.

Tarikh Akhir Dikemaskini: 27hb April 2020