Membayar bil anda dalam talian   
Paybills Pembayaran dan Penyampaian Bil Secara Elektronik. Membayar bil anda dalam talian 24/7 kini di hujung jari anda.

PayBillsMalaysia.com
 
Polisi Privasi
 

Untuk mencetak salinan Polisi Privasi, klik Cetak


SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (No. Syarikat 394813-H) merupakan sebuah syarikat persendirian berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan memiliki alamat berdaftar di Tingkat 3, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, Sarawak (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "SNT") menghormati privasi setiap individu serta memahami bahawa polisi ini berkenaan dengan pengguna. Oleh itu, kami mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi sebarang data peribadi yang diperoleh oleh PayBillsMalaysia.

Polisi Data Peribadi dan Privasi ini telah dirumuskan sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 ("Akta"). Untuk tujuan Polisi Data Peribadi dan Privasi, "Data Peribadi" mempunyai pengertian seperti di dalam Akta.

Polisi Data Peribadi dan Privasi ini memaklumkan anda bahawa polisi serta amalan SNT berhubung perihal privasi data yang mungkin berkenaan anda sebelum anda memberi data peribadi kepada SNT melalui perkhidmatan Penzahiran dan Pembayaran Bil elektronik yang dikenali sebagai PayBillsMalaysia.

SNT boleh menukar Polisi Data Peribadi dan Privasi dari semasa ke semasa dan anda akan dimaklumkan melalui emel ataupun mana-mana medium pemakluman di dalam laman sesawang PayBillsMalaysia. Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa polisi berkenaan.


A. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

  1. Apabila anda memberikan sebarang Data Peribadi anda: nama, jantina, umur, tarikh lahir, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, maklumat nombor yang dihubungi,pekerjaan, kesukaan, minat dan/atau maklumat lain yang berkaitan dengan tujuan yang disenaraikan seperti di bawah melalui internet atau sebaliknya, anda dengan ini bersetuju bahawa SNT akan memperoleh, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi ini untuk tujuan-tujuan yang berikut:
    • untuk mewujudkan akaun PayBillsMalaysia anda;
    • untuk mengaktifkan akaun PayBillsMalaysia anda;
    • untuk mempertimbangkan permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan;
    • untuk membantu pengurusan dengan organisasi lain (seperti syarikat pengebilan), di dalam dan di luar Malaysia, berkaitan peruntukan produk atau perkhidmatan;
    • pemperosesan permohonan di bawah program SNT;
    • mempromosikan ciri-ciri perkhidmatan dan interaktif baharu;
    • melaksanakan prosidur sejajar dengan undang-undang;
    • memaklumkan anda akan tawaran istimewa atau perkhidmatan baharu, pengemaskinian dan promosi;
    • membuat analisa statistik akan sikap dan sifat anda dalam membuat penilaian i minat dan penggunaan pelbagai perkhidmatan laman sesawang dan memberi maklumat ini kepada pengebil bersama-sama dengan maklumat jumlah pengguna yang didedahkan kepada sepanduk web ataupun yang telak mengklikkannya;
    • membuat pendedahan seperti yang diperlukan untuk sebarang tujuan atau oleh undang-undang.
  2. Anda telah bersetuju bahawa SNT boleh membuat pendedahan dan pemindahan (sama ada dalam Malaysia atau di luar negara) kepada agen, kontraktor, rakan kongsi, pengiklan, operator rangkaian, syarikat-syarikat bersekutu, mana-mana institusi kewangan yang berkaitan, atau seseorang yang lain di bawah tugas kerahsiaan SNT, mana-mana syarikat dalam kalangan kumpulannya, mana-mana perujuk yang anda berikan data dan mana-mana pemegang serah hak atau penerima pindahan SNT yang sebenar atau yang dicadangkan yang berhak terhadap anda untuk mengguna, mendedah, menyimpan, memproses, mengekal atau memindah mana-mana Data Peribadi untuk tujuan yang dinyatakan di dalam A1, untuk dan bagi pihak SNT. Kami juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar maklumat promosi berkenaan pihak ketiga yang kami fikir berguna untuk anda. Jika anda tidak mahu menerima maklumat tersebut atau tidak mahu Data Peribadi didedahkan, dipindahkan atau menggunakan Data Peribadi anda untuk mana-mana tujuan seperti yang dinyatakan di dalam A1, anda boleh hubungi kami secara bertulis ke alamat yang dinyatakan di dalam E2.
  3. Sila ambil perhatian bahawa jika Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi, atau tidak memuaskan pihak SNT, maka permohonan atau permintaan anda kepada SNT untuk mana-mana tujuan di dalam A1 tidak akan diterima.
  4. Mana-mana Data Peribadi yang anda bekalkan akan dikekalkan oleh SNT selama mana yang perlu bagi memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam A1 atau jika dikehendaki, atau untuk memenuhi peraturan perundangan atau kehendak perakaunan, atau untuk melindungi kepentingan SNT.


B. KERAHSIAAN

  1. Polisi Data Peribadi dan Privasi ini menurut mana-mana undang-undang yang berkaitan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

  2. Jika ada sebarang soalan, komen, cadangan atau maklumat, selain daripada Data Peribadi, yang dihantar atau diposkan ke laman web, atau mana-mana bahagian laman web, oleh pelawat akan dianggap telah diberi secara sukarela kepada SNT atas dasar tidak sulit dan tiada ada hak milik. SNT berhak untuk mengguna, menghasilkan semula, mendedah, menyampai, menerbit, menyiar dan/atau mengeposkan maklumat tersebut secara bebas, termasuk menyerahkannya kepada syarikat-syarikat bergabung, contohnya, dalam perihal pembangunan, pengilangan dan pemasaran produk dan perkhidmatan dan memenuhi kehendak pelanggan.


C. KESELAMATAN DATA PERIBADI

Kesemua usaha dan langkah amalan yang munasabah dibuat untuk memastikan bahawa mana-mana Data Peribadi yang dipegang oleh SNT adalah terkini dan dilindungi daripada hilang, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pengaksesan tanpa izin dan tanpa sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemusnahan.


D. PAUTAN

PayBillsMalaysia mungkin mengandungi pautan ke laman-laman lain. Dengan mengaktifkan pautan, contohnya, mengklik sepanduk web pengiklan, anda telah meninggalkan laman web kami. SNT tidak mengawal mana-mana Data Peribadi atau mana-mana maklumat yang anda berikan kepada entiti lain selepas anda meninggalkan laman web kami.


E. HAK MENGAKSES DATA PERIBADI

  1. Di bawah Akta, anda berhak untuk mengakses Data Peribadi anda yang dipegang oleh SNT dan memohon untuk membuat pembetulan pada mana-mana Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini.

  2. Jika anda ada sebarang soalan berkenaan Polisi Data Peribadi dan Privasi SNT atau jika anda berhasrat untuk memohon pengaksesan Data Peribadi atau jika anda berhasrat untuk memperbetulkan Data Peribadi atau jika anda berhasrat untuk menarik balik keizinan anda kepada SNT untuk memproses Data Peribadi bagi tujuan di dalam A1 atau untuk memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan di dalam A2, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis kepada alamat seperti berikut:

    SiliconNet Technologies Sdn. Bhd.,
    3rd Floor,
    Wisma Bapa Malaysia,
    Petra Jaya, Kuching,
    Sarawak, Malaysia.
    Attention: PayBillsMalaysia

    atau melaui e-mel:
    E-mel: service@snt.com.my
    di bawah Tajuk: PDPA - PayBillsMalaysia


  3. Sila ambil perhatian bahawa jika anda menarik balik persetujuan untuk SNT memproses Data Peribadi anda bagi tujuan seperti di dalam A1, SNT akan menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda sebaik sahaja menerima permohonan anda yang telah diluluskan atau sehingga permohonan anda kepada SNT untuk mana-mana tujuan dalam senarai A1 dibatalkan.


F. BERAPA LAMAKAH SNT MENYIMPAN DATAR PERIBADI ANDA?

  1. SNT akan menyimpan data peribadi untuk tempoh masa yang sesuai bagi melaksanakan tujuan-tujuan yang menghendaki data peribadi anda dikumpul dan juga untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di dalam Polisi Data Peribadi dan Privasi ini.
  2. SNT berhak untuk mengakses, membaca, menyimpan, dan mendedahkan mana-mana maklumat yang difikirkan munasabah untuk:-
    1. Meyakinkan mana-mana undang-undang, peraturan, proses perundangan atau permintaan kerajaan;
    2. menguatkuasakan Terma Perkhidmatan atau polisi-polisi dan perjanjian-perjanjian lain, termasuk penyiasatan kemungkinan perlanggarannya;
    3. mengesan, mengelak, ataupun pemalsuan alamat, keselamatan atau isu-isu teknikal.
Nota : Polisi Privasi telah disediakan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan, keraguan atau perbezaan antara kedua versi tersebut maka Bahasa Inggeris hendaklah dirujuk.

Tarikh Akhir Diperiksa: 4ht Ogos 2016
Tarikh Akhir Dikemaskini: 1 April 2013