Membayar bil anda dalam talian   
Paybills Pembayaran dan Penyampaian Bil Secara Elektronik. Membayar bil anda dalam talian 24/7 kini di hujung jari anda.

Mengenai Kami
 

PayBillsMalaysia merupakan perkhidmatan pembayaran bil-bil agensi Kerajaan Negeri dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Tujuan PayBillsMalaysia adalah untuk mengurangkan beban orang awam untuk membayar bil-bil di kaunter. Sistem ini adalah diselaras oleh Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri. Kini, lebih daripada 30 agensi Kerajaan Negeri memberi perkhidmatan pembayaran bil melalui PayBillsMalaysia.

Bagi memastikan mutu perkhidmatan yang disediakan adalah memuaskan, Kerajaan Negeri Sarawak telah melantik SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. untuk mengurus hal ehwal operasi PayBillsMalaysia.

 
Lebih Lanjut
 

Penat dan letih menunggu dalam barisan panjang untuk membayar bil-bil anda? Bosan untuk mencari tempat letak kenderaan?

Sekarang anda mempunyai ruang dan peluang baik untuk membayar bil-bil bulanan anda dalam keadaan mudah dan selesa dari rumah, atau dari mana-mana sahaja untuk tujuan tersebut. PayBillsMalaysia memudahkan anda untuk membayar bil-bil di mana-mana, bila-bila masa - malam atau siang. Siapa, bila, berapa - anda yang memutuskan.

Terima e-Bil, Bayar Bil Atas Talian, Bila-bila Masa.

Sekiranya anda ada persoalan tentang keselamatan PayBillsMalaysia atau pun yang melibatkan proses-proses pembayaran, kami menyediakan senarai Soalan-soalan Yang Sering Ditanya (FAQs) untuk rujukan anda. Sekiranya tiada jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut, sila hubungi kami melalui Borang Maklumbalas Atas Talian.

 
Di sini bagaimana ia terlaksana.
 
Langkah 1 : Daftar dengan PayBillsMalaysia (sekali sahaja)
  • Klik pada "Daftar Sekarang". Baca dan terima terma-terma dan syarat-syarat kami.
  • Lengkapkan borang pendaftaran atas talian dan hantarkan.
 
Langkah 2 : Melanggan kepada pengebil-pengebil anda.
  • Log masuk ke laman web dengan menggunakan Name Pengguna dan Kata Laluan.
  • Klik pada Baru pada menu Langganan Perkhidmatan.
  • Pilih dan langgani senarai bil-bil daripada Senarai Pengebil.
  • Isikan maklumat yang diperlukan, contohnya Nombor Akaun Konsumer atau Nama Konsumer seperti yang tertera di dalam bil anda (anda boleh melanggani pelbagai bil.)
 
Selepas melengkapi langkah-langkah di atas, anda boleh membuat pembayaran, menyemak status bayaran/langganan tertangguh, melihat maklumat bayaran yang telah dibuat, mengemaskini maklumat perkhidmatan yang dilanggan, menukar maklumat diri dan lain-lain.