P1. Bagaimana caranya saya membuat pembayaran bil? [
Atas ]
- Log masuk ke PayBillsMalaysia.
- Pilih bil yang anda hendak bayar.
- Pilih Saluran Pembayaran yang anda hendak guna dan klik Bayar.
- Pada skrin yang berikutnya anda dapat mengesahkan atau menukar amaun yang hendak dibayar.
- Laman Pengesahan Pembayaran akan dipaparkan dan anda perlu menamatkan proses validasi/memberi kebenaran untuk pembayaran.
P2. Bila pembayaran dapat saya lakukan setelah melanggan pengebil yang berkenaan? [
Atas ]
- Untuk "Pengebil Dengan Bil"
- Sistem akan memaparkan bil tertunggak pada laman "Pembayaran Bil" sebelum anda dapat membuat pembayaran.
- Anda dapat memperolehi bil dalam tempoh dari beberapa minits sehingga 3 hari bekerja (bergantung kepada Pengebil) setelah anda melanggan kepada pengebil.
- Bil-bil akan disediakan oleh PayBillsMalaysia mengikut kitaran bil pengebil.
- Untuk "Pengebil Tanpa Bil"
- Pengebil-pengebil seperti Telekom, Yayasan Sarawak tidak menyediakan maklumat bil untuk PayBillsMalaysia.
Anda boleh membuat pembayaran bila-bila masa setelah langganan pengebil dibuat.
P3. Bagaimana cara sebenar PayBillsMalaysia membayar bil saya? [
Atas ]
- PayBillsMalaysia bertindak sebagai perantara di antara anda dan pengebil. Arahan pembayaran oleh anda akan dilaksanakan
oleh bank samada dengan mendebit atau mengkreditkan akaun pembayaran, atau melaksanakan pindahan dana dari akaun kad kredit anda.
- PayBillsMalaysia telah mempunyai perjanjian kontrak dengan pengebil-pengebil untuk menyelesaikan urusan bil.
P4. Berapa lama tempoh untuk suatu bil dibayar? [
Atas ]
- Ini bergantung kepada jumlah simpanan sedia ada di dalam akaun anda. Bil anda hanya akan dibayar apabila bank meluluskan pembayaran tersebut.
Ini biasanya berlaku pada hari yang sama dengan pembayaran dibuat.
P5. Adakah saya dapat melihat dan mencetak transaksi pembayaran yang lalu? [
Atas ]
- Anda dapat melihat transaksi pembayaran yang lampau di bawah "Rekod Pembayaran" selepas anda log masuk ke akaun PayBillsMalaysia.
Laman tersebut akan memaparkan semua transaksi permbayaran yang berjaya dan tidak berjaya.
- Rekod pembayaran lampau untuk tempoh 12 bulan akan disimpan. Anda dapat mencetak rekod tersebut dengan mengklik pada butang "Cetak".
- Selain itu, emel juga akan dihantar pada semua transaksi yang dibuat oleh pengguna dan ini boleh juga dibuat untuk menyemak
rekod-rekod pembayaran pada masa lalu.
P6. Kenapa pembayaran atas talian saya tidak dipaparkan pada bil terkini? [
Atas ]
- Ini berlaku apabila pengebil telah memproses bil anda yang terkini sebelum rekod pembayaran dikemaskini di dalam sistem.
Maka pembayaran tersebut akan dipaparkan pada bil yang seterusnya.
- Pengemaskinian daripada pengebil bagi pembayaran yang berjaya dilakukan adalah berbeza di antara pengebil-pengebil.
Sesetengahnya mengambil masa sehingga 3 hari bekerja.
P7. Kenapakah pembayaran yang dibuat di kaunter pejabat pos atau kaunter-kaunter lain masih memaparkan sebagai
belum berbayar di dalam akaun PayBillsMalaysia? [
Atas ]
- Pengkalan data PayBillsMalaysia tidak dihubungkan kepada sistem maklumat pelanggan pengebil-pengebil. Maka, pembayaran masih dipaparkan
sebagai tertunggak di dalam akaun PayBillsMalaysia.
- Pembayaran anda akan dipaparkan di dalam bil pada bulan berikutnya apabila pengebil membekalkan bil yang baru.
- Sila berhubung dengan perkhidmatan pelanggan pengebil yang berkenaan untuk mendapatkan baki yang terkini.
P8. Bolehkah saya melakukan pembayaran pelbagai bil secara serentak? [
Atas ]
Buat masa ini pengguna boleh membayar sehingga 9 bil dalam satu masa untuk saluran pembayaran tertentu.
P9. Bolehkah saya membayar untuk pihak lain? Bagaimana? [
Atas ]
- Ya, anda dapat membayar bil untuk orang lain.
- Langganan bil untuk orang lain dibuat dengan memasukkan Nombor Konsumer dan / atau nama (seperti yang terdapat pada bil) bergantung kepada pengebil-pengebil.
- Apabila terdapat bil yang tertunggak maka pembayaran bil dapat dilakukan.
P10. Bagaimana saya dapat membuat pembayaran menggunakan Internet pada akaun bank? [
Atas ]
- Anda mestilah pengguna Bank yang berdaftar
- Pilih bil yang hendak dibayar pada muka "Pembayaran Bil"
- Pilih akaun bank pada menu "Saluran Pembayaran".
- Klik butang "Bayar". (Anda dapat mengubah jumlah yang hendak dibayar pada laman muka seterusnya).
- Anda akan dibawa ke kotak tingkap bank di mana anda dikehendaki untuk log masuk secara berasingan ke akaun perbankan Internet bank berkenaan.
- Pembayaran adalah lengkap apabila anda membuat pembayaran pada laman bank berkenaan setelah mesej memaklumi pembayaran telah diproses dipaparkan.
- NOTA:
- Pebayaran tidak dibuat jika anda, samada (a) tidak log masuk ke kotak tingkap bank ATAU (b) menutup kotak tingkap semasa proses pembayaran
dilakukan ATAU (c) tidak menamatkan proses pembayaran pada laman bank berkenaan.
- Anda akan menerima 2 emel daripada PayBillsMalaysia untuk setiap proses pembayaran
- Penerimaan Pembayaran
- Pengesahan Pembayaran : Diluluskan, Ditolak atau Dibatalkan
P11. Kotak tingkap pada bank tidak dipaparkan. Kenapa dan apa yang patut saya lakukan? [
Atas ]
- Kotak tingkap tidak dipaparkan kerana tetapan pada pelayar (Internet Explorer, FireFox, Chrome, Safari etc) pada komputer anda.
Semak tetapan dan pastikan anda membenarkan kotak tingkap dipaparkan dan bukan menghalang paparan tersebut. Transaksi pembayaran
yang tidak dapat disempurnakan akan terbatal menjelang tengahari pada hari berikutnya.
P12. Apa yang saya lakukan jika saya tidak menamatkan proses pembayaran pada kotak tingkap bank? [
Atas ]
- Pembayaran yang tidak lengkap akan dikemaskini dalam tempoh satu jam. Walau bagaimanapun, semua pembayaran yang tertangguh akan dikemaskini pada tengahhari hari bekerja yang berikutnya, setelah sistem memproses Laporan Akhir yang dihantar oleh bank.
P13. Saya mengalami masalah dengan Perbankan Internet. Apa patut saya buat? [
Atas ]
Anda perlu menyemak dengan bank untuk mengatasi masalah ini.
P14. Saya tidak menerima SMS Kod Keselamatan untuk transaksi Perbankan Internet. Apa yang patut saya lakukan? [
Atas ]
SMS tersebut adalah dihantar oleh sistem bank dan bukan PayBillsMalaysia. Jika pembayaran tidak dapat dilengkapkan pada tertingkap bank,
transaksi ini akan dikemaskini dalam tempoh satu jam. Transaksi pembayaran akan dibatalkan pada tengahari hari bekerja yang berikutnya. Oleh itu, anda boleh mencuba pembayaran selepas ini.
P15. Bolehkah saya membuat pembayaran pendahuluan / lebih bayaran? [
Atas ]
- Ia bergantung kepada terma dan syarat daripada pengebil berkenaan.
- Bayaran hendaklah berdasarkan kepada 'Amaun Tempoh Matang' atau 'Amaun Hendak Dibayar' atau 'sebarang jumlah melebihi Amaun Hendak Dibayar'.
- Secara penetapan 'Amaun Hendak Dibayar' sama dengan amaun yang perlu dibayar.
P16. Apakah Pembayaran Terbuka? [
Atas ]
- Pembayaran Terbuka adalah fungsi untuk membenarkan bil dibayar tanpa perlu untuk melanggan. Pengguna hanya perlu memasukkan maklumat setiap kali
mereka menggunakan Pembayaran Terbuka. Fungsi ini tidak merangkumi setiap bil (contohnya Bil Taksiran masih perlu untuk dilanggan sebelum pengguna
dapat membuat pembayaran).
P17. Terdapat pembayaran berulang pada akaun bank / penyata kad kredit. Apa patut saya lakukan? [
Atas ]
- Anda berkemungkinan memberi kebenaran atau pembayaran sebayak 2 kali.
- Sile berhubung dengan kami supaya kami boleh menangani perkara ini :
P18. Bagaimana jika saya mempunyai pertanyaan atau mempertikaikan pembayaran yang telah dibuat? [
Atas ]
- Sila berhubung dengan pihak kami untuk mendapatkan penjelasan
- Kami boleh dihubungi dengan menghubungi Khidmat Pelanggan di nombor 1-300-88-7722 atau melalui Borang Maklumbalas Atas Talian
P19. Apakah pilihan yang ada sekiranya saya ingin membuat semakan atau mengemukakan pertikaian ie Alternatif Penyelesaian Sengketa (APS)? [
Atas ]
- Ya, sebagai tambahan anda boleh mengemukakannya melalui satu kaedah atau lebih daripada yang berikut :
- Hubungi Bank untuk semakan
- Membuat laporan dengan pengebil berkenaan
- Untuk bil-bil daripada Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran, semakan boleh dibuat melalui Perkhidmatan Talikhidmat (http://talikhidmat.sarawak.gov.my/)
P20. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk Alternatif Penyelesaian Sengketa (APS)? [
Atas ]
- PayBillsMalaysia tidak mengenakan sebarang bayaran untuk semakan yang melibatkan percanggahan.
- Sila buat pengesahan dengan Bank dan Pengebil adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan.
P21. Bolehkah saya membayar bil tertunggak? [
Atas ]
- Pengebil yang berbeza mempunyai berbagai garis panduan mengenai perkara ini. Keseluruhannya bil tertunggak boleh dibayar di
PayBillsMalaysia. Bagi Bil Taksiran, bil baru dengan sub-caj akan dikeluarkan untuk tujuan pembayaran.
|